BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, June 28, 2011

aBANG..TUNGGU MAK DI SYURGA ya!!!.....

assalamualaikum.....

kali ni aku terpanggil untuk berkongsi satu kisah yg sgt mnyentuh hati aku hingga tnpa sedar aku sndiri mnglirkan air mata... aku juga bersyukur krn masih diberi ruang Yg Maha Esa untuk bernafas dan melakukan sebanyak amaln baik sebelum dipanggilNYA. moga hati teman2 juga terusik denga kisah ini.  
.........................................................................................................................................................

Mak tgok jenazah abg yg trbaring kaku..muka abg tenang wlupon muka abg sembap dan perut mmbusung.
mak ambil pisau, potong baju yg abg pakai, baju terakhir yg abg pki..mak terpksa potong krn baju tu tak muat untuk melalui perut abg yg buncit tu.

mak akan simpan baju tuh..mak takkan cuci, sesekali mak cium.. baju tersebut bau abg masih ada di baju tu boleh mngubat hati mak..kemudian abah mngendong tubuh abg untuk dimndikan..hanya mak dan abah yg mnguruskn jenazah abg..tak da org lain..

mak nampak mata abah berkaca2..setitis dua air matanya tumpah..cepat2 dy mngesat dengan lengan sasanya....
"bang, jgan menangis..selesaikan hingga habis,"itulah yg mak kata pd abah..kemudian mak bantu abah untuk mngkafankan abg..selama ni abah cuma mngkafankan org lain..namun tak sgka hari ni abah perlu mngkafankan anaknya sendiri..sebb tu la air matanya selalu tumpah ke pipi..

mak kucup dahi abg dngan senyuman..mak bisik kat abg, "tunggu mak di syurga ya..,".
akhirnya wajah abg ditutup..kami smbhygkan abg buat kali terakhirnya..ramai betol jemaah yg turut serta. setelah itu kami bawa abg ke tanah perkuburan..alhamdulillah..Allah mmpermudahkan semua kerja. abg sudah selamat di sna..

bertubi2 mak terima ucapan takziah drp tetamu yg hadir..mak masih mmpu tersenyum sehingga tetamu hairan drpd dtg kekuatan tuh sedgkan yg sudah pergi nih ialah anak kesayangan mak iaitu abg..mak sendiri tak tahu nak jawab mcm mn...

mak teringat peristiwa yg berlaku spnjg 4 thun 2 bulan mak mmbesarkan abg..
...............................................................................................................................................................

JANUARI 2011-perut abg semakin mmbusung krn hati mmbengkak. kata dr, semua organ dalaman abg dah rosak.sudah reput...tidak mengapa..hati mak berkata."cukuplah!!tak akan ada lagi pembdahan buat abg..

26 FEBRUARI 2011- hari ni hari jadi abg yg ke-4..2 ari sebelum tuh mak tanya.abg nak kek pe??abg jwb,"abg nak kek lori sampah," hahahhaha..tergelak mak..abg suka sgt tgok lori smpah yg lalu setiap pgi depn umah.sbb tuh abg nak kek lori smph.
         puas mak dan abah pusing 1 KL..tpi tak jmpa kek yg mcm tuh. tak da yg snggup buat kek mcm tuh..mak kecewa!!!selama ni mak tunaikan semua permintaan abg. mak belikan kek coklat sbg pengganti.
dengan perut mmbusung abg mampu tersenyum dan ceria melayan rakan2 dtg, sama2 mnyanyikan hari jdi pd abg..mak pike mungkin itulah hari jadi abg yg terakhiruntuk abang!!!!

7 MAC 2011-keadaan abg semakin kritikal. perut abg smakin besar. abg tak mmpu nak bergerak, lbih bnyak terbaring dan asyik sesak nafas. mak tak tahan lihat keadaan abg....mak bwa abg ke IJN, rumah kedua abg spnjg tempoh hyt abg. kata dr. tiada apa yg boleh dilakukan lgi..
abg hanya menanti waktu.mak reda..hati mak sudah berkata..masa abg tak lama lgi..

para ibu di wad asyik tanya mak.."mcm mn abg?"..mak jawab.."insyaallah, abg akan sihat,"..mak terpksa ckp bgitu sbb mak tak mhu mreka lmah semangat klu mereka tahu abg tiada harapan lgi.

13 MAC 2011-hari ahad mak minta kebenaran dr.untuk bawa abg pulang ke rumah. dr.izinkan. biar abg habiskan waktu2 terakhir bsama keluarga. dan di saat akhir ini, mak akan tunaikan semua permintaan abg.
di rumah setiap hari mak akan brtanya,"abg nak makan pe hari ni?"...mak masih ingat satu hari tu, abg berkata,"mak!!abg nak naik kereta bomba!"..mak termenung dgar permintaan abg... bila abah pulang jer, terus mak ajak abah kuar.abah tanya, pergi mana?.mak jawab, "balai bomba!"
              smpai di situ terus mak minta izin pegawai bomba. mak kata, abang teringin nak naik trak bomba. pegawai itu garu2 kpala, kemudian menggeleng2kan kpala. mak terus tarik baju abg ke paras dada. separuh berbisik, mak beritahu pegawai tu,"encik, anak bongsu sy hnya mnanti msa untuk pergi!!!benarkan sy tunaikan impian terakhirnya." bila lihat perut buncit abg tu, pegawai tu tak tunggu lama. terus dicpainya kunci, dibuka salah satu pintu bomba itu. dia dukung abang dan letakkan dalam trak. abg gembira biarpun cuma 15 minit. abg tak perasan mak palingkan saja muka lima saat sekadar untuk mngelapkan air mata yg da mula bertakung.



hari lain mak tnya lagi,"abg nak apa?"
abg kata nak naik jengkaut. kebetulan jiran kerja dgan syarikat pembinaan. mak beritahu dy keinginan abg. ptang tu juga dia pulang dgan jengakaut.seronok abg naik jengkaut.



hari lain mak tanay lagi,"abg nak apa?"
abg jawab;"abg nak naik lori sampah!!!"
mak dukung abg, bila lori smph lalu, mak tahan lori tu.
"encik, anak sy teringin nak naik lori ni..boleh izinkan sebentar?"
pekerja itu tertwa mndgarnya. kemudian, mak angkat baju abg paras dada dan beritahu prkara yg sama. berubah mimik wajah mereka. segera mereka angkat abg, letakkan di tempat duduk pemandu. ada antara pkerja memalingkan muka, tak sanggup lihat abg lama2.sedih agaknya.

begitulah setiap harinya. mak akan bertanya abg..abg kata nk tgok gajah,mak bawa prgi ke zoo.wlupon abg tak larat tak pe. mak dan abah sanggup dukung abg.apa saja yg abg nak mak sanggup tunaikan. mak tahu, mak faham. masa abg semakin suntuk!

27 MAC 2011-abg semakin kritikal. nak bercakap pon lemah apatah lagi bergerak. mata abg kuyu, hnya terbaring memeluk anak patung kesayangan abg. mak ajak abah bawa abg ke hospital.
"kali ni kita bawa abg ke IJN, tp mungkin kita akan keluar dgan tubuh abg yg tak bernafas!"
itu kata2 mak pd abah sblum bertolak ke IJN.mak dan abah bersedia dan redha jika apa berlaku.smpai di IJN, abg terus ditempatkan di wad khas untuk pesakit kritikal.

5 APRIL 2011-semua kakak balik dr asrama..untuk melihat adik yg makin tenat. kemudian dr. Adura yg sinonim dgn abg dtg melawat. mak mmg rajin bercerita tntg abg pd dr adura. kbtulan mak terkilan krn tak dpat sediakan permintaan abg iaitu kek yg berbentuk lori sampah.

7 APRIL 2011-pg ni dr. Adura dtg mlawat abg. kmudian dr,adur beritahu ada suprise untuk abg tgah hari ini. rupa2nya, tgah hari tu dtg tetamu yg juga rakan2 alam maya dr. adura mmbawa kek lori yg abg mahukan sebelum ni. ada 2 kek yg mereka bawa. mak tak sgka, dr. Adura tulis dalam blognya mngenai kisah abg dan ramai yg mahu mnyediakan kek yg abg minta tu.



8 APRIL 2011-tgah hari ni,masih ada yg mmbawa kek untuk abg. tp abg semakin lemah. abg skdr merenung kek itu. malam tu, sms jururawat mngambil tekanan darah abg, bacaan meningkat naik. mak pndg sayu wajah abg yg smakin lesu dan pucat. mak duduk sebelah abg, mak peluk,usap rambut abg. mak menangis teresak-esak bgi anak kecil.
dalam tangis tu mak berkata,:mak tahu abg nak senangkan hati mak.mak tahu abg nak pergi...jgan tahan2 abg. pergilah.... mak sudah sedia. mak redha sgalanya. mak puas dpt tunaikan hajat abg. mak juga bangga krn Allah hadirkan abg dalam hidup mak walaupon seketika!!" mak menangis puas2. dan mak berjanji mak takkan menangis lagi biarpon abg sudah tiada lagi di dunia ini.

9 APRIL 2011-mak pesan pd abah agar bawa semua anak. mak abg dah dekat sgt. mak lihat abg dah kritikal. wajah abg sudah tampak biru, lebam!dada berombak, tercungap-cungap menarik nafas.
      abg dah tak mampu bercakap lagi. makan minum pon tak mahu. mak suruh kaklong baca yasin sebelah abg. mak dan aba bc jugak, tpi bacaan abah mnjd sekat2 krn cuba. mnahan tangisnya..
pkul 3.00 ptg mak ajak abg jalan2. "abg, nak tgok mtahari tak??jom kita turun kantin minum smbil tgok matahari!"
       abg hnya mngangguk lemah. mak dukung abg. kita satu keluarga ke kantin. abg mahu minum air coklat. tpi abg hanya minum seteguk. kemudian abg lentokkan kpala atas bahau mak.
       "abg, tu tgok kat luar, nampak tak sinar matahari? cantikkan?"
        abg mngangkat kpala melihat ke arah matahari. kemudian mnguap.
        "abg ngantuk!"itu kata abg dan kemudian abg terlentuk semula pd bahu mak. tb2 jantung mak berdegup laju. "bang, jom naik. abg nak "tidur!"mak terus ajajk semua naik walaupo mereka belum mnjamah makanan.

         mak tahu masa abg hampir tiba! smpai di wad, mak baringkan abg atas katil. dan abg terus merintih dalam nada yg lemah:mak..........sakit perut......! dan abg terus memanggil: "makkkkkkk!"
suara abg perlahan dan amat sayu bunyinya. lantas mak letak tangan di atas dahi abg.
 
         "abg,hari ni, waktu ni, mak redhakan abg pergi. mak halalkan segala makan minum abg. mak halalkan air susu mak untuk abg. pergilah abg. mak izinkan ang pergi!!"
mata bag dah semakin kuyu. saat abg sedang nazak itu, mak panggil kakak untuk mengucup abg selagi abg masih bernafas. mereka kucup abg bertalu2 dan mula meraung menangis.

          "kakak! kalau kamu semua nak menangis, keluar dari bilik ni. mak tak mahu abg dgar kamu nangis! jgan seksa abg dengan tangisan kamu!!" mak tak mahu abg lihat kami menangisi pemergian abg. mak tahu, abg akan jd berat hati untuk pergi bila melihat kami menangis di saat akhir sakaratulmaut menjemput abg.
abah pula berdiri di penjuru bilik meraup wajah menahan suara tangisannya.jururawat yg ada dlm bilik jga menangis, mak suruh jururawat keluar dan tutup tirai bilik. mak tak mahu org lihat dan menangis saat abg pergi.

          "pergilah abg. mak izinkan. mak izinkan...pergilah..! dan perlahan-lahan mata abg yg layu tertutup rapat, genggaman tangan abgpd jari mak semakin lemah dan akhirnya terlepas...


           pkul 3.50 petang, akhirnya abg meninggalkan dunia fana ni..innalillah..mak kucup dahi abg. mak bisikkan di telinga abg: "tenanglah abg di sana. suatu hari nanti, mak juga pasti akan turuti jejak abg. abg......tunggu mak di sana ya!!! di syurga!!"
................................................................................................................................................................

inilah sedikit coretan dari aku hamba Allah yg kerdil ni..kisah ini ingin aku kongsi bersma teman2 semua. mungkin sedikit sebanyak memberi keinsafan kpd kita mngenai kasih dan sayangnya seorg ibu pd kita. moga roh abg dicucuri rahmatNYA..sama2 la kita sedekahkan al fatihah kpd adik IQBAL FAHREEN AHMAD.



                                                                                                        

0 comments: